Detik bersejarah Telangana

K. Chandrasekhar Rao dari Parti Telangana Rashtra Samithi (TRS) menjadi Ketua Menteri Telangana yang pertama.Penduduknya kini berjumlah 35 juta orang di 10 daerah. Ekkadu Srinivasan Lakshminarasimhan kekal sebagai Gabenor Andhra Pradesh. Perdana Menteri India yang baharu, Narendra Modi gembira dengan perkembangan itu.

Pemisahan itu selepas desakan tuntutan semenjak 1947 kerana selalu didiskriminasi dalam pengagihan dana kerajaan, bekalan air dan pekerjaan. Ketua Jawatankuasa Tindakan Bersama Telangana, M. Kodandaram berharap agar kerajaan sendiri dapat menyelesaikan banyak masalah terdahulu. Kerajaan yang dibentuk melalui pilihan raya hendaklah menunaikan manifesto yang dijanjikan kepada penduduk Telangana.Rakyat menantikan pembangunan yang pesat dan pengagihan sama-rata hasil negeri daripada kerajaan pusat.[3]